Telah diceritakan bahwa Allah
S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab
segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun
datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang
ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w,
"Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab,
"Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang
berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab,
"Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu
bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?"
Iblis menjawab, "Lima
belas."
1.
Engkau
sendiri hai Muhammad.
2.
Imam
dan pemimpin yang adil.
3.
Orang kaya
yang merendah diri.
4.
Pedagang
yang jujur dan amanah.
5.
Orang
alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6.
Orang
Mukmin yang memberi nasihat.
7.
Orang
yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8.
Orang
yang tetap dan cepat bertaubat.
9.
Orang
yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10.
Orang
Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.
Orang
Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12.
Orang
Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13.
Orang
Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14.
Orang
yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15.
Orang
yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya
tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w
bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh
golongan :
1.
Hakim
yang tidak adil.
2.
Orang
kaya yang sombong.
3.
Pedagang
yang khianat.
4.
Orang
pemabuk/peminum arak.
5.
Orang
yang memutuskan tali persaudaraan.
6.
Pemilik
harta riba'.
7.
Pemakan
harta anak yatim.
8.
Orang
yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.
Orang
yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.
Orang
yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah
sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi
dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah
dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita
menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi
musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti
menjadi kawan kekasih Allah.
Wallohu A’lam Bissowwab……………..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar